Hal Ehwal Zakat
Makna
Syarat wajib zakat
Mengapa wajib zakat
Zakat pendapatan
Zakat simpanan
Zakat perniagaan
Zakat saham
Zakat Emas
Zakat Tanaman
Zakat Ternakan
Zakat KWSP
Zakat fitrah
   
   Golongan yang berhak menerima zakat
Golongan Fakir
Golongan Miskin
Amil Zakat
Golongan Muallaf
Hamba yang ingin memerdekakan dirinya
Orang yang berhutang
Fi Sabilillah
Ibnu Sabil
  GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT : AMIL ZAKAT
 


1). Amil Zakat ialah semua pihak yang bertugas melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penjagaan, pencatatan dan pengagehan harta zakat. Mereka dilantik oleh pemerintah di dalam negara Islam atau mereka diberi kebenaran atau dipilih oleh institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau oleh masyarakat Islam untuk membuat pungutan dan pengagehannya serta melakukan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan zakat seperti mengajar masyarakat tentang hukum zakat, menerangkan tentang sifat-sifat pemilik harta yang wajib dikeluarkan zakat dan golongan-golongan yang berhak menerima zakat, memindahkan, menyimpan, menjaga, mengembangkan serta memanfaatkan harta zakat sesuai mengikut ketetapan dan syarat-syarat yang telah dibuat di dalam cadangan pertama Simposium Masalah Zakat Semasa Kali Ke-3 yang dianjurkan oleh Perbadanan Zakat Kuwait. Yayasan-yayasan ini dan jawatankuasa-jawatankuasa pengurusan zakat yang ada pada masa kini juga dianggap sebagai autoriti sedekah (zakat) dalam bentuk semasa sebagaimana yang ditetapkan di dalam syariat Islam. Oleh yang demikian Yayasan-yayasan dan jawatankuasa-jawatankuasa tersebut wajib mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan di dalam bahagian (Amil Zakat).

2). Di antara tugas-tugas yang diamanahkan kepada amil-amil zakat ada yang berbentuk pemberian kuasa (kerana ia berkaitan dengan tugas asas dan kepimpinan). Oleh yang demikian orang yang memegang amanah ini disyaratkan supaya mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama fekah di antaranya ialah: Islam, lelaki, jujur (beramanah) dan mengetahui hukum-hukum zakat di dalam lapangan kerja. Selain dari itu terdapat juga beberapa tugas lain sebagai bantuan yang boleh diserahkan kepada orang-orang yang tidak dapat memenuhi sebahagian dari syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagaimana di atas seperti kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan komputer, stor dan pembaikian aset tetap dan sebagainya.

3). Amil-amil zakat berhak mendapatkan imbuhan dari kerja mereka iaitu dari bahagian golongan amil zakat yang diberikan oleh pihak yang melantik mereka dengan kadar tidak lebih dari upah yang sama dengannya walaupun mereka bukan dari kalangan orang-orang fakir dengan mengambil kira bahawa jumlah wang yang dibayar untuk semua amil zakat, persiapan dan pembiayaan pengurusan pejabat tidak lebih dari satu perlapan dari hasil pungutan zakat (12.5 %). Perlu diperhatikan juga, amil zakat tidak boleh dilantik lebih dari keperluan dan sebaik-baiknya gaji kesemua amil zakat yang dilantik atau sebahagian daripada mereka adalah diambil dari perbendaharaan negara supaya wang kemasukan zakat boleh diagehkan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat. d) Golongan amil zakat tidak boleh menerima apa-apa bentuk rasuah, hadiah atau hebah sama ada dalam bentuk barang ataupun wang tunai.

4). Mengemaskinikan pusat penyelenggaraan Yayasan-yayasan pembangunan zakat dan pejabatnya dengan kelengkapan-kelengkapan, perabot dan peralatan-peralatan yang diperlukan jika peruntukan untuk kelengkapan tersebut tidak boleh diambil dari sumber-sumber lain seperti perbendaharaan negara, hebah atau sumbangan-sumbangan yang lain. Peruntukan tersebut boleh diambil dari bahagian yang diperuntukkan kepada amil zakat mengikut keperluan dengan syarat kelengkapan tersebut hendaklah mempunyai hubungan secara langsung dengan pungutan dan pengagehannya atau mempunyai hubungan dengan peningkatan jumlah kemasukan zakat.

5). Pihak yang melantik atau memberi kebenaran kepada sesebuah perbadanan zakat untuk beroperasi hendaklah sentiasa memerhati dan mengawasinya untuk mencontohi sunnah Nabi s.a.w di dalam kawalannya terhadap amil-amil zakat. Amil zakat hendaklah seseorang yang jujur (amanah) dan dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kesemua harta zakat yang ada bersamanya malah dia bertanggungjawab untuk menggantikan segala kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pencerobohan, kecuaian dan kelalaiannya.

6). Amil-amil zakat sepatutnya menghiaskan diri dengan adab-adab Islam secara umum seperti sopan santun, lemah lembut terhadap orang-orang yang mengeluarkan zakat, sentiasa berdoa kepada mereka dan juga kepada golongan-golongan yang berhak menerima zakat, mengajar tentang hukum-hukum zakat dan menjelaskan kepentingannya di dalam masyarakat Islam untuk mencapai perpaduan masyarakat dan mengagehkan zakat secepat mungkin kepada golongan-golongan yang berhak menerima zakat.

 
 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002