|
Setelah
sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan
takbir intiqal ALLAAHU AKBAR, kemudian
terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan
duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk
yang lain lagi.
Ketika
duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di
atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut
seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud
ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak
kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan
ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki
mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).

Ketika
duduk seperti ini kita membaca :-
رَبِ
ّاِغْفِرْلِيِِْ
وَارْحَمْنِيْ
وَارْفَعْنِيْ
وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ
وَاهْدِنِيْ
وَعَاِفِنيْ
وَاعْفُ
عَنِّيْ
“Ya
Allah ! ampunilah dosaku , belas kasihanilah aku
, dan angkatlah darjatku dan cukuplah segala kekuranganku
dan berilah rezeki kepadaku , dan berilah aku
petunjuk dan sejahterakanlah aku dan berilah
keampunan padaku..”
|