Hal Ehwal Puasa Fardhu
Pengertian
Hukum Puasa
Syarat-syarat Wajib Puasa
Syarat-syarat Sah Puasa
Rukun Puasa
Perkara-perkara yang membatalkan Puasa
Sunat-sunat Puasa
Hari-hari yang Diharamkan Berpuasa
Hukum Bersetubuh Pada Bulan Ramadhan
Ringkasan
  HARI-HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA
 


Pertama :
Diharamkan berpuasa pada hari raya Eidul Fitri dan hari raya Eidul Adha. Samada puasa sunat atau pun puasa wajib ataupun nazar .

 

Kedua : Hari Tasyrik iaitu 11,12,13 Zulhijjah.

 

Ketiga : Puasa sunat pada hari Syak tanpa sebab ataupun berpuasa untuk ramadhan .

 

HARI SYAK ITU IALAH TIGA JENIS:-

 

1.      Hari yang manusia bercakap padanya telah kelihatan anak bulan tanpa membawa datang si penglihatnya .

 

2.      Hari yang didakwa akan penyaksian anak bulan padanya oleh sesiapa yang tidak diterima penyaksian dan perakuan daripada mereka,  seperti kanak-kanak, orang perempuan , orang fasik , hamba dan hari itu jatuh hari ke- 30 Syaaban .

 

3.      Sekiranya kita yakin pada kebenaran dakwaan melihat anak bulan , maka wajib berpuasa , sekiranya membenarkan sahaja tanpa keyakinan maka haru berpuasa , kalau sekiranya syak pada kebenaran dakwaan tersebut maka haram berpuasa padanya



 

 

 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002