Hal Ehwal Zakat
Makna
Syarat wajib zakat
Mengapa wajib zakat
Zakat pendapatan
Zakat simpanan
Zakat perniagaan
Zakat saham
Zakat Emas
Zakat Tanaman
Zakat Ternakan
Zakat KWSP
Zakat fitrah
   
   Golongan yang berhak menerima zakat
Golongan Fakir
Golongan Miskin
Amil Zakat
Golongan Muallaf
Hamba yang ingin memerdekakan dirinya
Orang yang berhutang
Fi Sabilillah
Ibnu Sabil
  GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT : GOLONGAN MUALLAF
 


1). Golongan ini adalah merupakan salah satu dari lapan golongan yang berhak menerima zakat dan ia merupakan salah satu syariat (peraturan hukum) yang masih tetap berlaku sehingga sekarang dan masih belum dinasakhkan (masih belum dihapuskan) mengikut pendapat jumhur ulama fekah (majoriti) sehingga orang-orang muallaf yang kaya juga tidak dihalang dari menerima harta zakat.

2). Di antara golongan masyarakat yang berhak menerima zakat dari kategori ini adalah sebagaimana berikut:

- Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk memeluk Islam: Secara melembutkan hati orang yang diharapkan supaya memeluk Islam atau supaya orang yang mempunyai pengaruh memeluk Islam demi kepentingan Islam dan umat Islam.
- Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk membantu umat Islam: Secara melembutkan hati orang-orang yang mempunyai bidang kuasa untuk bertindak seperti pemerintah, pemimpin sesebuah negara dan seumpamanya sama ada orang perseorangan atau pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk sama-sama memperbaiki kedudukan golongan bangsa asing, golongan minoriti Islam dan membela kepentingan mereka atau untuk melembutkan hati pemikir-pemikir dan para ilmuan untuk mendapatkan sokongan dan pembelaan mereka dalam permasalahan umat Islam seperti membantu orang-orang bukan Islam yang ditimpa bencana alam jika bantuan dari harta zakat tersebut boleh menarik pandangan mereka terhadap Islam dan umat Islam.
- Orang-orang yang baru memeluk Islam kurang dari tempoh satu tahun dan mereka masih memerlukan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan mereka yang baru walaupun bukan berbentuk pemberian nafkah. Bantuan tersebut sama ada diberikan secara langsung kepada mereka atau diberikan secara menubuhkan Yayasan-yayasan ilmiah dan kemasyarakatan untuk melindungi dan menetapkan hati mereka di dalam Islam serta menyediakan apa sahaja yang boleh meneguhkan mereka seperti mewujudkan suasana yang sesuai dengan kehidupan baru mereka sama ada dari sudut moral ataupun material.


3). Pengagehan zakat dari bahagian ini hendaklah mengikuti beberapa ketetapan sebagaimana berikut:

- Penagehan yang dibuat hendaklah memang ternyata membuktikan tujuan dan hala tuju polisi syarak sehingga tercapai matlamat yang diimpi-impikan oleh syariat Islam.
- Pembiayaan yang disalurkan hendaklah sesuai mengikut kadar yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kemudharatan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat dan tidak berlebihan kecuali jika memang diperlukan.
- Perlu diperhatikan bahawa pengagehan di dalam bahagian ini hendaklah dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk mengelakkan dari timbulnya kesan yang tidak boleh diterima oleh syarak atau untuk mengelakkan dari timbulnya tindak balas yang tidak baik dalam diri golongan muallaf (yang dijinakkan hati mereka) dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan terhadap Islam dan umat Islam.


4). Digalakkan supaya menggunakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan moden supaya projek yang dibuat mempunyai kesan yang lebih efektif dan menjadi pilihan yang lebih bermanfaat serta lebih cepat untuk mencapai tujuan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak hasil dari pengagehan harta zakat ini




 
 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002