Hal Ehwal Zakat
Makna
Syarat wajib zakat
Mengapa wajib zakat
Zakat pendapatan
Zakat simpanan
Zakat perniagaan
Zakat saham
Zakat Emas
Zakat Tanaman
Zakat Ternakan
Zakat KWSP
Zakat fitrah
   
   Golongan yang berhak menerima zakat
Golongan Fakir
Golongan Miskin
Amil Zakat
Golongan Muallaf
Hamba yang ingin memerdekakan dirinya
Orang yang berhutang
Fi Sabilillah
Ibnu Sabil
  GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT : ORANG YANG BERHUTANG
 


Orang-orang yang berhutang yang termasuk di dalam pengertian golongan ini ialah:

a) Orang-orang yang berhutang untuk kepentingan peribadi yang tidak boleh dielakkan dengan syarat-syarat sebagaimana berikut:
  - Hutang tidak dibuat kerana maksiat.
  - Mempunyai hutang sekeliling pinggang.
  - Orang yang berhutang sudah tidak mampu lagi menjelaskan hutangnya.
  - Hutang sudah tiba tempoh pembayarannya atau telah wajib dijelaskan ketika zakat diberikan kepada orang yang berhutang.
   
b) Orang-orang yang berhutang untuk kepentingan kemasyarakatan seperti berhutang untuk mendamaikan orang-orang yang membuat pertikaian kerana terpaksa menanggung bayaran diat (pampasan kerana melakukan jenayah) atau kerana terpaksa menanggung gantirugi barang-barang yang dirosakkan, untuk mendamaikan di antara orang yang terpaksa menanggung pembayaran dan orang yang menerima bayaran. Orang seperti ini berhak menerima zakat walaupun mereka orang kaya yang mampu menjelaskan hutang masing-masing.
   
c) Orang-orang yang berhutang kerana menjamin hutang orang lain di mana orang yang menjamin dan orang yang dijamin kedua-duanya berada di dalam keadaan kesempitan wang.
   
d) Orang yang berhutang untuk membayar diat (pampasan) kerana membunuh dengan tidak sengaja, apabila keluarganya (aqilah) benar-benar tidak mampu untuk membayar denda tersebut, begitu juga dengan baitulmal. Pembayaran diat tersebut boleh diserahkan secara langsung kepada wali orang yang dibunuh. Manakala bayaran diat bagi pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja tidak boleh dibayar dari harta zakat. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa wang untuk pembayaran diat tidak boleh diambil dari harta zakat dengan mudah (dengan sewenang-wenangnya) lebih-lebih lagi jika terdapat banyak kes pembunuhan tidak sengaja dan terdapat ramai dari kalangan golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat yang sangat memerlukannya.
Oleh yang demikian digalakkan supaya menubuhkan tabung-tabung bantuan sebagai jaminan masyarakat untuk sama-sama meringankan beban orang yang terpaksa membayar diat seperti orang yang terpaksa membayar diat disebabkan berlaku kemalangan lalu lintas dan sebagainya, begitu juga dicadangkan supaya membuat tabung-tabung bantuan kekeluargaan dan tabung-tabung bantuan mengikut jawatan untuk mengambil manfaat dari sistem aqilah (kaum keluarga yang terpaksa membayar diat pembunuhan tidak sengaja) sesuai mengikut keperluan semasa.



 
 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002