|
1. Islam. Orang
yang bukan Islam tidak sah puasa.
2. Mumayyiz (iaitu
dapat membezakan yang baik dengan yang tidak baik).
3. Suci
dari haid (darah kotoran) dan nifas (darah
setelah melahirkan anak). Orang yang kedatangan
haid atau nifas tidak sah berpuasa tetapi keduanya
wajib mengganti (membayar) puasa yang tertinggal
itu secukupnya. (Qada': Ialah membayar kewajipan
yang ditinggalkan sesudah waktunya, seperti orang
yang meninggalkan puasa kerana haid, wajib ke
atasnya menebus puasa yang ditinggalkan itu di
dalam bulan lain. Kalau ketinggalan 3 hari, wajib
ke atasnya qada' 3 hari juga).
Diriwayatkan
dari Aisyah r.a, katanya:
Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa
dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.
(Hadis
Riwayat Imam Al-Bukhari)
4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
|