Puasa-puasa Sunat
Hari Isnin dan Khamis
Tiga Hari Setiap Bulan
Enam Hari Dalam Syawal
Hari Arafah
Hari Assyura (10 Muharram)
Bulan Rejab
Bulan Syaaban
  Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
 

 

Puasa 3 hari pada setiap bulan merupakan salah satu daripada puasa-puasa sunat yang perlu kita buat.

DALIL

Hadis Rasulullah s.a.w :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بصيام ثلاثة أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya :

Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

Hadis Rasulullah s.a.w :

عن قتادة بن ملجان رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأمرونا بصيام البيض ثلاث عشرة وأربع عشرة وخمس عشرة

(رواه الترميذي)

Maksudnya :

Daripada Qatadah bin Miljan r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kami puasa pada hari-hari cerah (bulan purnama) iaitu 13, 14 dan 15 haribulan.

 
 
 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002