Solat-solat Sunat
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Wudhuk
Solat Sunat Musafir
Solat Sunat Jumaat
Solat Sunat Tahiyyatul Masjid
Solat Dhuha
Solat Tahajjud
Solat Witir
Solat Terawih
Solat Gerhana
Solat Istisqa'
Solat Hari Raya
Solat Sunat Taubah
Solat Istikharah
Solat Sunat Mutlak
Solat Sunat Tasbih
Solat Hajat
Solat Sunat Ihram
Solat Sunat Tawaf
Solat Sunat Nikah
Solat Sunat Azan
Solat Sunat Awwabin
   
  Solat Sunat Istikharah
 

 

Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.

NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"

DOA

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ

Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini . Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini . Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

 

 
 
 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002