|
Sunat
diertikan pada syara' apabila dikerjakan mendapat
pahala dan apabila ditinggalkan tiada siksa.
Maka
Solat Sunat ini ialah solat yang dilakukan dengan
kerelaan hatinya sendiri. Solat Sunat juga dikenali
dengan beberapa istilah lain seperti Solat "Nafilah"
atau Solat "Tathowwu'".
Solat
sunat merupakan satu cara untuk mentaqarrubkan
(mendekatkan) diri kita kepada Allah. Di mana,
Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa seseorang
hamba itu paling dekat dengan Tuhannya apabila
dia berada dalam sujud.
Disamping
itu, Solat sunat menjadi penampung kepada amalan-amalan
fardhu kita yang kita lakukan dalam kehidupan
seharian kita.
Akhir
sekali antara keperluan Solat Sunat ini ialah,
Solat Sunat inilah yang akan menjadi tempat kita
mengadu keadaan diri kita kepada Allah. Kita mampu
mengadu apa sahaja kepada Allah SWT. samada berkenaan
dengan kehidupan kita, keluarga kita, kewangan
kita, kita dizalimi dan sebagainya dan Allah Maha
Mendengar segala rintihan kita itu.
|